KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menaiknya untuk ditutup melepasi paras utama 1,600 hari ini, didorong oleh sentimen positif pelabur dan keyakinan berterusan terhadap kemungkinan penurunan kadar faedah global, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.52 peratus atau 8.29 mata kepada 1,605.68 berbanding 1,597.39 ketika ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran itu, yang dibuka 3.46 mata lebih tinggi pada 1,600.85, bergerak antara 1,600.66 pada awal sesi dagangan dan mencecah 1,610.32 pada sesi tengah hari.
Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 684 kepada 455, manakala 498 tidak berubah, 676 tidak diniagakan dan 14 digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 5.42 bilion unit bernilai RM3.79 bilion berbanding 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion pada Isnin.
Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menyatakan bahawa FBM KLCI ditutup lebih tinggi untuk hari keempat berturut-turut, dengan pembelian secara menyeluruh.
"Kami mengekalkan pandangan optimistik terhadap pasaran saham tempatan, disokong oleh penilaian menarik dan pelaburan asing yang berterusan, walaupun kami mengakui potensi berlakunya aktiviti pengambilan untung.
"Kami percaya jika indeks petunjuk pasaran mampu kekal di atas paras 1,600 dalam tempoh yang panjang, ia berpotensi untuk meningkat lagi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, pengurus portfolio dan ketua penyelidikan serta penasihat harta UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan kadar faedah pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Khamis ini.
"Memandangkan terdapat kebimbangan mengenai kelonggaran dasar monetari dan ringgit Malaysia terus mengukuh, kami meramalkan pertumbuhan berterusan dalam pelaburan asing dalam ekuiti Malaysia," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing naik satu sen kepada RM9.84 dan RM4.21, CIMB menambah enam sen kepada RM6.81, Tenaga Nasional meningkat 10 sen kepada RM12.48 dan IHH Healthcare turut menokok satu sen kepada RM6. 31.
Bagi saham aktif, Ingenieur turun 2.5 sen kepada 8.5 sen, Iconic Worldwide naik 1.5 sen kepada 13 sen, TWL tidak berubah pada 2.5 sen, Capital A naik enam sen kepada 90 sen, dan MYEG naik setengah sen kepada 92 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 64.20 mata kepada 12,098.47, Indeks FBMT 100 meningkat 58.87 mata kepada 11,715.85 dan Indeks FBM Emas Syariah melonjak 72.96 mata kepada 12,302.88.
Indeks FBM 70 melonjak 78.17 mata kepada 16,913.82 tetapi Indeks FBM ACE susut 53.02 mata kepada 5,087.89.
Dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 101.47 mata kepada 17,525.08, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.6 mata kepada 192.54, Indeks Perladangan meningkat 46.51 mata kepada 7,439.65, dan Indeks Tenaga meningkat 13.30 mata kepada 19.30.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkembang kepada 3.99 bilion unit bernilai RM3.41 bilion daripada 2.54 bilion unit bernilai RM2.63 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran susut kepada 796.35 juta unit bernilai RM117.88 juta berbanding 1.00 bilion unit bernilai RM164.47 juta semalam.
Jumlah dagangan Pasaran ACE merosot kepada 627.42 juta saham bernilai RM263.14 juta berbanding 933.26 juta saham bernilai RM324.44 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 762.61 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.34 bilion), pembinaan (363.29 juta), teknologi (320.49 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (124.49 juta), hartanah (547.97 juta), perladangan (30.69 juta), REIT (26.53 juta), dana tertutup (68,000), tenaga (199.26 juta), penjagaan kesihatan (67.79 juta), telekomunikasi dan media (51.42 juta), pengangkutan dan logistik (41.26 juta), utiliti (109.95 juta), dan amanah perniagaan (1.38 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Pada keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 684 kepada 455, manakala 498 tidak berubah, 676 tidak diniagakan dan 14 digantung. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
65 murid keracunan makanan di Sungai Petani
Seramai 65 murid Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya dipercayai mengalami keracunan makanan selepas makan di kantin sekolah pagi tadi.
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Saham di Bursa Malaysia melepasi paras rintangan 1,620 mata pada Isnin susulan aliran masuk dana yang tinggi ke dalam negara, melonjakkan indeks utama ke paras tertingginya sejak Mac 2021.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Ia merupakan aspirasi yang diharap dapat dicapai dalam usaha menstruktur semula ekosistem ekonomi syarikat Bumiputera.
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Bursa Malaysia terus catat kenaikan dalam dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat pada sesi dagangan awal hari ini walaupun prestasi Wall Street yang bercampur-campur.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.